Environmental Sustainability Goals

Misi

Terus meningkatkan jejak alam sekitar kami melalui aktiviti operasi dan proses yang teliti dan mesra alam.

Prinsip

Sentiasa berpegang kepada nilai-nilai asas kami: JOY, SATISFACTION, AND KEY. Visi JSK adalah untuk menyediakan Kunci kepada kebahagiaan dan kepuasan pelanggan kami - dengan sentiasa berfikiran teliti, membantu alam sekitar, dan bertanggungjawab - sambil pada masa yang sama memberikan perkhidmatan unggul kepada pelanggan.

Vision

Melalui penggunaan program smart ECO, aktiviti pendidikan, dan penggunaan sumber yang sedia ada, kami bertujuan untuk menjadi taman tema dan rekreasi air yang membantu alam sekitar untuk menggalakkan dan meningkatkan kesedaran amalan alam sekitar yang mampan di Malaysia dan dunia.

Pemuliharaan Laut dan Pantai

Dalam usaha mengekalkan kelestarian alam sekitar, Sistem Bebas Karbon JSK dibentuk. Ia bertujuan untuk mengurangkan jejak karbon dan akhirnya melindungi lautan dan hidupan marin kita.
Selain itu, untuk menguatkan lagi usaha kami dalam pemuliharaan marin, JSK juga secara aktif menganjurkan dan menyertai aktiviti pembersihan pantai dan laut.

Pemuliharaan dan Pemulihan Terumbu Karang di Sabah

Terumbu karang Sabah merupakan tempat tinggal kepada beberapa komuniti hidupan marin yang terbesar dan pelbagai di dunia. Selain daripada kepentingan biologi, terumbu-terumbu ini juga dikelilingi oleh pulau-pulau eksotik Sabah dan mereka menyediakan platform untuk pusat penyelidikan dan pemuliharaan.

Untuk melindungi semua ini, JSK secara aktif menyertai pelbagai program dan menyumbang kepada banyak organisasi untuk meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan terumbu karang. Untuk mereliasasikan impian ini, JSK Borneo Reef telah memilih untuk menubuhkan ladang terumbu karang sendiri, yang terletak di bawah platform sea walking kami.

CSR Programme

JSK komited untuk berperanan sebagai warganegara beretika, peka sosial, dan bertanggungjawab di dalam komuniti global. Sejauh mana kebolehan individu dan keupayaan korporat kami, kami berjanji untuk menunaikan dan menegakkan prinsip kumpulan perniagaan yang dinamik dengan menanggapi:

1. Membantu kepada yang kurang berupaya and memerlukan 
2. Pembangunan pendidikan
3. Bantuan bencana

© Hak Cipta Terpelihara 2021- JSK Borneo Reef Sdn. Bhd.
Direka oleh JSK MARCOM Department

...

Laman
Utama

...

Tarikan
Menarik

...

Pakej

...

Tempah 
Sekarang